Ada x sape2 pernah try mkn Maajun Anngun Bistari @ MAB?
(Sumber dari Mr. GOOGLE)
Apa yg ella tau MAB adalah untuk mereka yg merancang keluarga (family Planning) bg yg Tak nak menggunakan kaedah moden macam sekarang, macam makan Pil perancang dan seangkatannya la.
Ada juga yang mengambil MAB ni untuk mendapatkan zuriat (Hamil).
Ada baca kat review mengenai MAB ni kata nya MAB ni dulu dorang cuma jual dekat orang-orang kampung, jiran tetangga sampai la MAB ni dikenali mcm sekarang dan dorang pun packing kan la jd mcm pic kat atas tu.
Jom tgk lebih lamjut pasal MAB ni (Sumber dr MR. GOOGLE)
Ramuan yg ada dalam MAB ni :
- Kacip fatimah
- Serapat
- Senduduk
- Habbatus Sauda/ Jintan Hitam
- Inai
- Manjakani
- Madu
- Family Planning
- Merawat Keputihan
- Memelihara peranakan
- Membuang darah kotor/period lama/nifas lama
- Teraturkan period
- Awet muda
- Mencantikan Kulit
- Menegangkan payu dara
- Melancarkan peredaran darah
- Menambah tenaga
- Mengawal kolestrol dalam darah
- Mengawal berat badan
- Melawas buang air besar
- Ikhtiar dapat zuriat
Jom kita tengok khasiat MAB ni
KHASIAT & LAIN-LAIN KEGUNAAN MAB
KHASIAT MAB
Sebagai makluman, MAB ini bukanlah hanya semata-mata untuk
family planning sahaja, malah MAB boleh dikatakan ubat pelbagai guna
(multi-purpose). Pada umumnya MAB mempunyai khasiat-khasiatnya yang tersendiri
berguna untuk kesihatan dalaman/fizikal wanita. Berikut antara
khasiat-khasiatnya:
LAIN-LAIN KEGUNAAN MAB
Di bawah diterangkan sedikit secara ringkas lain-lain
kegunaan MAB seperti mana yang dimaksudkan sebagai ubat pelbagai guna
(multi-purpose). Antaranya adalah seperti berikut:
Melambatkan Menopause
....................................
Dengan mengamalkan MAB, anda tidak akan menopause di usia
yang terlalu awal iaitu sekitar 40-an. Biasanya hormon kewanitaan dikeluarkan
oleh otak kita dengan aktif pada usia remaja sehinggalah usia sekitar 30-an.
Disebabkan faktor usia, stress dan tekanan hidup otak kita menjadi kurang
berkeupayaan merembeskan hormon tersebut untuk badan.
Jika masalah ini tidak diatasi dengan baik kita menjadi
cepat tua dan akhirnya mempercepatkan kita menopause terlalu awal. Keadaan ini
akan menimbulkan kesan yang tidak baik dalam hubungan rumah tangga. Hubungan
seksual suami-isteri juga menjadi tidak harmoni disebabkan oleh faktor tersebut.
InsyaAllah dengan mengamalkan MAB masalah tersebut dapat
diatasi dengan baik.
MAB Untuk Ikhtiar Mendapatkan Anak
Biasanya orang yang mempunyai masalah period/senggugut
adalah sukar untuk mengandung. Berkemungkinan orang seperti ini mempunyai
masalah dalaman pada peranakan seperti terdapatnya blocking pada peranakan
seperti period yang tidak keluar habis / keputihan. Keadaan seperti ini akan
menghalang perjalanan sperma lelaki dari salur peranakan (fallopia) menuju ke
rahim untuk bercantum dengan benih perempuan (ovum/telur).
Dengan mengamalkan MAB, ianya akan mengeluarkan kembali
darah period lama (berwarna hitam/coklat) dan lemak (berwarna keputihan) supaya
proses perjalanan sperma lelaki tidak tersekat seterusnya tempoh persenyawaan
dengan ovum/telur terjadi lebih cepat.
Dengan itu proses penghamilan dapat diikhtiar dengan
pengambilan MAB.
Sesuai Bagi Perempuan Berumur/Warga Emas
MAB bukan saja untuk wanita muda malah ianya sesuai kepada
perempuan-perempuan berumur 50-an ke atas.
Antara khasiat-khasiatnya yang boleh diperolehi seperti
melancarkan peredaran darah, memberi tenaga, lawas, menghilangkan kebas-kebas
kaki/tangan dan sebagainya.
Harga MAB ni 1 botol 21biji = RM18.00
Nak tau lebih lanjut korang tanyela pengedar nye sendiri.
Sebab ella tak nak memandai-mandai pulak. nti takut salah info pulak.
Kalau ella jadi beli MAB nti ella buat review ye.
No comments:
Post a Comment