Monday, August 3, 2015

Crochet...... Teringin Nye nak belajar.......

Teringin nye nak belajar buar crochet. Bila tengok orang buat baju baby, topi baby, kasut baby dan boleh kait buat baju sendiri tau. Cuba tengok ni

 yang ni blh buat selimut, kalau malam sejuk blh pakai



Burung Hantu pun blh kait tau... hehehe



cantik kan


Bile tgk mmg rase nak belajar sangat. Ada sapa2 blh ajar kan ke?..
ella akan cuba belajar seni crochet ni. nti klu ella da pandai sket ella share kat korang ye.. :)

Thursday, July 23, 2015

Raya 2015..... Jalan-Jalan Johor Premium Outlet (JPO)

Asssalamualaikum

Raya tahun ni agak kelam kabut sikit.. baju raya pun beli seminggu sebelum raya kalau x silap. tu pun just grab je apa yang ada malas da nak pikir. Time anak dara dulu boleh la pikir nak design apa la, warna apa la, corak apa la. Skang baby Niqrees da ade so dia lebih penting. :)

ni dia baby niqrees..

Nak amek PIC pun susah. melompak je keje dia.

  Hana Bella (tp pic ni bukan muka ella ye ni dari IG Hana Bella)

Yang atas tu baju raya ella beli time kat PWTC sale raya tu. Grab je mana ada. Sbb time ni ella bwk baby niqrees takut dia tak tahan. kat sana ramai sangat orang. kate nya ada sampai pengsan kat dlm tu. So ella pun just datang sana beli baju yang nmpak depan mata je. so baju tu la ella beli. Harga memang murah sgt kalau beli kat PWTC Sales ni.

Beli baju ni dapat skali jadi member ini card dia.

Skang musim rambutan so balik kampung makan rambutan je. Sampai skang batuk je. tgk antara pic buah rambutan yang ella sempat snap. tak kan la nak snap sume pokok, satu pokok pun da menggambarkan brapa byk rambutannya.... ye tak....


Ni pulak kita g raya dekat uma pak cik ella. tp time ni raya ke-3 da.


Women in Red... hehehehhe (Baju Lama Skirt Baru.. hahah)


Pastu ella ada g Johor Premium Outlet, JPO. tp tak sempat nak snap pic pun sbb baby niqrees excited sangat kot, so ella ngn husband mmg x leh nk pegang phone kene pegang dia sbb dia mmg x nak masuk stroller.

(Mr Google)

                                                                                      yuyu stroller 

So yang duduk stroller handbag ngn bag pampers dia je la. Nasib la ada yuyu stroller ni, sbb mudah, ringan nak bawak kemana saja. Nanti ella cerita pasal stroller best ni.

Kat JPO ok la harganye nak bandingkan ngan KL. Hari pergi ada sale jugak sbb abg , adik & cousin ella beli suar kecik kat RENOMA harga RM15 x silap dalam kotak tu ada 3 helai. Murah la tu.

Ella ada masuk kat Michael Kors ada yang 50% tp ella x beli la heheh. walaupun da 50% tetap rase nye x mampu.. heheheh paham2 je la. Tp kan kat Carlo Rino ella rasa murah tp ella pun x beli sbb nye x berkenen husband pun same. Same jugak kat FOSIL. 

Nike paling ramai orang. sampai beratur panjang. ella ngn husband ada masuk tp just cuci mata je sbb misi kita nak cari benda lain bukan kasut NIKE.

Pada pendapat ella JPO ok la sape yang mmg nak shopping byk2 tu boleh la dtg sini. Berbaloi, tp klu beli takat 2-3 barang x payah la kot. Sbb nk dtg sini minyak, toll lg kene amek kira juga ye. So hari tu ella datang sana pun macam berjalan2 je x beli apa pun.
Dengar kata MITSUI kat KLIA pun same macam JPO, nti blh la g sana pulak :)

Disini ella memohon ampun dan maaf jika ada tersalah tutur kata. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dari ella & family.





Tuesday, May 26, 2015

Maajun Anggun Bistari @ MAB.... Ada Siapa2 pernah makan Tak????

Assalamulaikum

Ada x sape2 pernah try mkn Maajun Anngun Bistari @ MAB?

                                                       (Sumber dari Mr. GOOGLE)

Apa yg ella tau MAB adalah untuk mereka yg merancang keluarga (family Planning) bg yg Tak nak menggunakan kaedah moden macam sekarang, macam makan Pil perancang dan seangkatannya la.
Ada juga yang mengambil MAB ni untuk mendapatkan zuriat (Hamil).

Ada baca kat review mengenai MAB ni kata nya MAB ni dulu dorang cuma jual dekat orang-orang kampung, jiran tetangga sampai la MAB ni dikenali mcm sekarang dan dorang pun packing kan la jd mcm pic kat atas tu.

Jom tgk lebih lamjut pasal MAB ni (Sumber dr MR. GOOGLE)

Ramuan yg ada dalam MAB ni :
  • Kacip fatimah
  • Serapat
  • Senduduk
  • Habbatus Sauda/ Jintan Hitam
  • Inai
  • Manjakani
  • Madu
Khasiatnya :
  1. Family Planning
  2. Merawat Keputihan
  3. Memelihara peranakan
  4. Membuang darah kotor/period lama/nifas lama
  5. Teraturkan period
  6. Awet muda
  7. Mencantikan Kulit
  8. Menegangkan payu dara
  9. Melancarkan peredaran darah
  10. Menambah tenaga
  11. Mengawal kolestrol dalam darah
  12. Mengawal berat badan
  13. Melawas buang air besar
  14. Ikhtiar dapat zuriat
.........No.6 ngn No.12 membuatkan ella Excited nak beli MAB ni... hehehheheheh

Jom kita tengok khasiat MAB ni

KHASIAT & LAIN-LAIN KEGUNAAN MAB

KHASIAT MAB
Sebagai makluman, MAB ini bukanlah hanya semata-mata untuk family planning sahaja, malah MAB boleh dikatakan ubat pelbagai guna (multi-purpose). Pada umumnya MAB mempunyai khasiat-khasiatnya yang tersendiri berguna untuk kesihatan dalaman/fizikal wanita. Berikut antara khasiat-khasiatnya:

LAIN-LAIN KEGUNAAN MAB
Di bawah diterangkan sedikit secara ringkas lain-lain kegunaan MAB seperti mana yang dimaksudkan sebagai ubat pelbagai guna (multi-purpose). Antaranya adalah seperti berikut:
Melambatkan Menopause
....................................
Dengan mengamalkan MAB, anda tidak akan menopause di usia yang terlalu awal iaitu sekitar 40-an. Biasanya hormon kewanitaan dikeluarkan oleh otak kita dengan aktif pada usia remaja sehinggalah usia sekitar 30-an. Disebabkan faktor usia, stress dan tekanan hidup otak kita menjadi kurang berkeupayaan merembeskan hormon tersebut untuk badan.

Jika masalah ini tidak diatasi dengan baik kita menjadi cepat tua dan akhirnya mempercepatkan kita menopause terlalu awal. Keadaan ini akan menimbulkan kesan yang tidak baik dalam hubungan rumah tangga. Hubungan seksual suami-isteri juga menjadi tidak harmoni disebabkan oleh faktor tersebut.
InsyaAllah dengan mengamalkan MAB masalah tersebut dapat diatasi dengan baik.

MAB Untuk Ikhtiar Mendapatkan Anak
Biasanya orang yang mempunyai masalah period/senggugut adalah sukar untuk mengandung. Berkemungkinan orang seperti ini mempunyai masalah dalaman pada peranakan seperti terdapatnya blocking pada peranakan seperti period yang tidak keluar habis / keputihan. Keadaan seperti ini akan menghalang perjalanan sperma lelaki dari salur peranakan (fallopia) menuju ke rahim untuk bercantum dengan benih perempuan (ovum/telur).

Dengan mengamalkan MAB, ianya akan mengeluarkan kembali darah period lama (berwarna hitam/coklat) dan lemak (berwarna keputihan) supaya proses perjalanan sperma lelaki tidak tersekat seterusnya tempoh persenyawaan dengan ovum/telur terjadi lebih cepat.
Dengan itu proses penghamilan dapat diikhtiar dengan pengambilan MAB.

Sesuai Bagi Perempuan Berumur/Warga Emas
MAB bukan saja untuk wanita muda malah ianya sesuai kepada perempuan-perempuan berumur 50-an ke atas.

Antara khasiat-khasiatnya yang boleh diperolehi seperti melancarkan peredaran darah, memberi tenaga, lawas, menghilangkan kebas-kebas kaki/tangan dan sebagainya.

Harga MAB ni 1 botol 21biji = RM18.00

Nak tau lebih lanjut korang tanyela pengedar nye sendiri.
Sebab ella tak nak memandai-mandai pulak. nti takut salah info pulak.
Kalau ella jadi beli MAB nti ella buat review ye. 


Monday, May 25, 2015

New BloG....????????????

Assalamualaikum....

Baru hari ni buat blog sy sendiri.. dari entah brapa tahun dulu nak buat baru hari ni create.


Apa apa pun thanks sape2 yang sudi tgk ke, baca ke blog sy. :)